Saturday 8 June 2013

Kriteria Penterjemah

Assalammua'alaikum...
Kaifa halukum jami'an...??mudah-mudahan kita semua dalam keadaan sehat...
Amieen...
dan selalu berada dalam lindungan Allah S.W.T
hmm...
InsyaAllah sekaramg kita akan berkongsi pula tentang Kriteria Penterjemah...




sekurang-kurangnya ada 5 Syarat Utama jika kita ingin menjadi seorang pentejemah yaitu:

  • MENGGETAHUI BAHASA SUMBER SECARA MENDALAM.
Bahasa Sumber ialah bahasa asal yang hendak diterjemahkan ke bahasa sasaran.
misalnya kita ingin menterjemah buku dari melayu ke arab, maka melayu adalah bahasa sumber dan arab adalah bahasa sasaran, kedua-dua nya sangat penting bagi seorang penterjemah untuk diketahui secara mendalam.
mungkin, diantara kita ada yang tertanya-tanya menggapa seorang penterjemah perlu menggetahui bahasa sumber secara mendakam...???? jawapan nya ialah supaya membolehkan seseorang penterjemah mengetahui selok-belok keistimewaan dan keganjilan bahasa sumber, supaya dapat membezakan makna yang terkandung dalam teks asal dan dengan itu, mentakrifkan dan menafsirkan maksudnya dengan tepat.


  • MENGGETAHUI BAHASA SASARAN/PENERIMA SECARA MENDALAM.
Menurut para pakar terjemahan, seseorang penterjemah harus menguasai bahasa penerima lebih baik dari bahasa sumber atau sekurang-kurangnya ia menggetahui bahasa sasaran sama baik nya dengan ia menggetahui bahasa sumber.

  • MENGGETAHUI BIDANG/SUBJEK YANG AKAN DITERJEMAHKAN
penggetahuan seorang penterjemah secara mendalam bidang yang akan diterjemahkannya ialah untuk menjamin supaya makna atau maklumat yang terkandung dalam teks asal dapat dipindahkan dengan tepat dan sempurna daripada bahasa sumber ke dalam bahasa penerima, kerana ianya penting untuk penterjemahan teks-teks khusus, teknik, dan penterjemahan karya-karya sastera.
  • MENGGETAHUI TEORI TERJEMAHAN
dalam menterjemah ianya Ada teori & kaedah ilmiahnya sendiri. kita Bukan hanya memindahkan perkataan sahaja, tetapi memindahkan idea, maklumat dan gaya. seorang penterjemah memerlukan bantuan ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam bidang teori dan kaedah terjemahan semasa menjalankan penerjemahan.


  • MENGGETAHUI SASARAN PEMBACA
ini juga perlu bagi seorang penterjemah untuk diketahui Terjemahan perlu sesuai dengan pembaca sasaran dan Laras bahasa perlu dijaga.
Contohnya: Kalau sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut.


diantara syarat utama yang diatas ada juga Syarat Tambahan untuk seorang penterjemah yaitu

  • Mempunyai fikiran yang terbuka
  • Ingatan yang baik
  • Minat yang mendalam
  • Boleh bekerja sendiri
  • Tidak malu bertanya
  • Jujur dan amanah



nak x tau lagi satu apa yang penting bagi seorang penterjemah..???? kriteria yang juga penting bagi seorang penterjemah ialah PENGALAMAN, pengalaman adalah Aset yang bernilai, Tidak datang bergolek, Diperoleh daripada ilmu dan latihan penterjemahan yang berpanjangan. penterjemah juga Boleh manfaatkan pengalaman orang lain, perlu mencari pengalaman sendiri,Perlu membuka langkah mencari arah tujuannya sendiri, perlu tahu bilakah pengetahuannya sudah mencukupi, bila dia perlu mandapat nasihat dan pandangan orang lain,bila dia perlu mendapat sokongan pakar,bila dia perlu menyerah kalah.
note: Experience is the best Teacher.

ada beberapa faktor yang mempengaruhi seorang penterjemah antara nya ialah
pertama Pengaruh sifat peribadi penterjemah ke atas dirinya sendiri, contohnya seorang penterjemah Tidak objektif terhadap maklumat dalam teks asal,Tidak memahami ciri-ciri alamiah bahasa.Anggapan yang salah berkenaan tugas-tugas penterjemah dan matlamat terjemahan,Terlalu yakin kepada bahasa sendiri, Keinginan untuk mengekalkan misteri sesuatu bahasa,Tidak memahami proses komunikai bahasa. kedua Perasaan, prasangka, nilai, selera & sikap tertentu.ketiga Penterjemah terbelenggu oleh pandangan yang subjektif terhadap pengarang & teks yang sedang     diterjemahkan.

Tugas menterjemah bukanlah tugas yang mudah. Penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik.Semua syarat ini tidak mungkin dapat dipenuhi dengan mudah, semua ini boleh dicapai jika penterjemah rajin berusaha, rajin belajar & berlatih.



CITRA PENTERJEMAH
"Jika Anda tidak pandai Mengarang maka jadilah seorang Penyunting jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting jadilah seorang Penterjemah"

2 comments:

  1. Memang ciri-ciri yang dikatakan itu adalah amat tepat sekali, namun adakah ini bermakna seseorang itu perlu menghadiri latihan/kursus penterjemahan terlebih dahulu. Tanpa pernah menghadiri kursus terjemahan bolehkah saya mencuba? Saya bukanlah penyunting bertauliah tetapi biasa juga membuat kerja-kerja penyuntingan dari segi bahasa Melayu semasa bertugas.

    ReplyDelete
  2. Borgata Hotel Casino & Spa - MapYRO
    Find your way around the 수원 출장마사지 casino, 서울특별 출장마사지 find where everything is 당진 출장안마 located with a map of Borgata Hotel Casino & Spa. 진주 출장마사지 The 동해 출장안마 Hotel Lobby - Casino - Hotel Lobby - Spa & Spa. Rating: 4.7 · ‎56 reviews

    ReplyDelete