Saturday 8 June 2013

Alat Bantu Terjemahan

hu...
All...
siapa yang suka menterjemah...???
dikarenakan menterjemah bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi bukan bermaksud ianya susah bagi kita... tergantung sampai mana usaha kita untukk terus berusaha menjadi seorang penterjemah..
okeh3.. sekarang penulis mau kongsikan pula Alat Bantu Terjemahan yaiitu Kamus...
sahabat2... sekalian dah tau belum kamus tu apa,,,?? kalau bentuknya so pasti tau kan... hari2  kita guna kamus apalagi kalau ada subjek kuliah atau sekolah kita yang berkaitan dengan bahasa yang asing bagi kita bukan bahasa ibunda kita,(hehehehe) mesti kita akan guna kamus, contohnya disekolah ada subjek b.Inggeris, b. Arab, b. China b. Mandarin. bahasa apa2 sajalah yang bukan bahasa asal kita, jadi sahabat2... semua apa defenisi kamus itu sendiri ya..???

kamus ialah Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan asal.

sahabat2 sekalian yang ingin penulis kongsikan disini ialah jenis-jenis kamus itu sendiri.
sebagaimana yang penulis pelajari ada 3 jenis-jenis kamus iaitu

  • KAMUS EKA BAHASA
Kamus Eka Bahasa ialah kamus yang hanya menggunakan satu bahasa sahaja pendek kata-kata entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama.takrifan makna dibuat berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat. Penyusunan dibuat berasaslan pembuktian data korpus.
contoh kamus Eka Bahasa ialah seperti: Kamus DewanQamus al-wasit dll.

                                           

  • KAMUS DWI BAHASA
Kamus Dwi Bahasa ialah Kamus yang menggunakan dua bahasa kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain. 
contohya: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, Kamus al-Marbawi kamus Indonesia- Arab
Arab-Indonesia dll


                                 


  • KAMUS ANEKA BAHASA/MULTI BAHASA
Kamus jenis ini sekurang-kurangnya akan menggunakan tiga bahasa dalam menterjemah
contoh: kamus Melayu-Cina -Inggeris, Melayu-Arab-Inggeris dll.




ha... yang ni pula diantara kamus2 yang istemewa atau khusus
   ¢Kamus Istilah:
Entrinya adalah terdiri daripada istilah khusus bagi bidang tertentu.
Fungsinya adalah untuk kegunaan ilmiah. Contohnya: Kamus Istilah Pendidikan.
   ¢Kamus Etimologi:
—Menerangkan asal usul sesuatu perkataan dan maksud asalnya.
   ¢Kamus Tersaurus:
—Menerangkan maksud sesuatu perkataan dengan memberikan kata seerti sahaja. 
—Bertujuan untuk membantu pengguna mempelbagaikan penggunaan diksi. Cth: Kamus Seperti Bahasa Melayu PTS.
   ¢Kamus Peribahasa:
Menerangkan maksud sesuatu peribahasa atau simpulan bahasa. Selain digunakan sebagai rujukan, kamus ini sesuai dibaca untuk tujuan keseronokan.
   ¢Kamus Kata Nama Khas:
Menyimpan kata nama khas seperti nama tempat, nama tokoh dsbnya.
   ¢Kamus Terjemahan:
Menyediakan kata seerti bahasa asing untuk satu bahasa sasaran, —Kegunaannya adalah untuk membantu para penterjemah, —Kamus dwibahasa boleh dimasukkan dalam kategori kamus ini.

itualah diantara jenis-jenis kamus yang kita pakai dalam menterjemah...
kenapa ya kamus diperlukan sekali dalam menterjemah, kerana Kamus boleh membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui dan Ada kalanya, penterjemah tidak dapat mencari padanan makna sesuatu kata daripada kotak memorinya. Oleh itu, dia perlu merujuk kamus. Kamus amat diperlukan oleh semua penterjemah, baik yang profesional mahupun yang amatur kerana ia merupakan alat bantu yang paling berguna ketika penterjemah tidak mengetahui padanan terjemah yang sesuai untuk satu-satu perkataan teks sumber, baik perkataan yang menyangkut linguistik atau budaya.

kamus online juga ada cuba  klik link dibawah ini semoga membantu....
http://alqamus.moe.edu.my/ealqamus/v4/topik_pilihan.aspx

http://www.artikata.com/index.php


No comments:

Post a Comment